Bimbinglah Aku

BILA AKU CUBA UNTUK JADI YANG TERBAIK


 

Pagi memang waktu yang sangat susah untuk aku. Waktu untuk siap dan pergi kerja. Aku terfikir pada apa yang jadi semalam (miss x). Aku berdiri depan cermin dan terfikir apa yang kurang pada diri aku. Setiap kata2 dia ada di hujung telinga aku. Aku perlu berubah? Untuk siapa? Untuk dia? Perlu ke?

Setiap pagi aku akan pastikan diri aku tersenyum dan setiap yang aku lakukan adalah kerana tuhanKU. Kita dapat dariNYA. Kita hidup atas kuasaNYA. Aku tak reti berbahas tentang agama. Bagi aku ayah ku cukup mengajar aku erti kehidupan. Sepanjang masa dia hanya berpesan "Setiap apa
yang kita lakukan dalam hidup hanya lah Allah Taala." .

Aku sangat jahil tentang agama. Aku sangat tertekan apabila seseorang itu menekan aku tentang agama. Aku tak reti! Aku tak tahu! . mereka hanya berkata "BELAJARLAH KALAU TAK RETI"! . Persoalannnya disini, patut ke aku belajar hanya kerana MEREKA yg mendesak aku. Aku pelajari ilmu tuhan bukan atas niat utk mendekatkan diri pada NYA tapi desakan MEREKA. Perlu ker?? Kenapa manusia lebih meremehkan isu agama dari mempermudahkanya. Sekiranya ku tidak begitu baik dalam sesuatu perkara, tunjukkan lah (perbetulkan) dari hanya pandai berkata-kata.


 

DOSA DAN PAHALA


 

"Kau buat lah macam tu dosa tau!!" antara ungkapan yang sering kita dengar. Tapi dosa dan pahala bukankah bukan kita yang menentukan?? Itu bukan kerja kita. Antara kisah yang abg aku cerita pada aku semalam membuka luas kotak pemikiranku.

"Ada seorang lelaki dalam kemalangan. Darah yang sentiasa mengalir membuatkan die begitu lebih. Untuk menyelamatkan nyawanya, haruslah di kelar sedikit pada alur pergelangan lehernya. Ianya sedikit sakit dan membuatkan mangsa dalam kecederaan itu sedikit tersiksa. Tapi hanya mahu menyelamatkannya." Apakah kita berdosa mengelar sedikit di lehernya agar pendarahan akan berhenti?? Apa2 yang kita lakukan kita tidak akan tahu apakah itu dosa atau pahala. Semua nya hanya niat dalam sesuatu perkara yang kita lakukan. Ia nya mudah tapi manusia meremehkan segalanya.

"Kita sembahyang sebab kita takut ibu atau bapa kita marah." bukan kerana allah taala seperti dalam niat yang kita baca.

"Kita puasa untuk kejar pahala." bukan kerana allah taala seperti dalam niat yang kita baca.


 

"Kita pakai tudung hanya untuk berfesyen." bukan untuk menutup aurat semata2

"Kita pandai tentang agama tetapi kita tidak memperaktikannya"

"Kita lebih pandai bercakap/menegur tetapi tidak membetulkannya"

Apakah itu semua???? Itu hanya dari kaca mata aku yang melihat disekelilingku. Sedikit terkilan dengan perangai manusia. Hanya lebih gemar melihat, bercakap, menegur dan mengata dari MENGAJAR,REAKSI DAN MEMBETULKANNYA.


 


 

p/s : KepadaMu ku hidup dan kepadaMU ku pergi. Hanya keranaMu ku Hidup dan keranaMU ku pergi