Cyst Ovari ??? Bahaye x????


 

Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia adalah kejadian yang kerap berlaku dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya ia jarang memberikan simtom atau gejala.

Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.

Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah.

Jenis-Jenis Cyst

Terdapat beberapa jenis ovarian cyst yang kerap dialami oleh wanita. Kebanyakaan tidak memberikan kesan serius dan hilang dengan sendiri, tetapi ada juga cyst in boleh tumbuh dan menjadi besar dan menyebabkan ketidakselesaan. Kadang-kadang cyst boleh menyebabkan anda sukar hamil.

Follicular Cyst: Ia terbentuk dari folikel yang tidak pecah dan gagal mengeluarkan telur. Folikel ini kemudiannya akan menjadi cyst. Ia adalah cyst yang paling kerap terjadi dan jarang memberikan masalah atau komplikasi.

Corpus Luteum: Corpus luteum cysts boleh terjadi selepas folikel pecah dan mengeluarkan telur. Selepas folikel pecah, lendir dan cecair terperangkap didalam folikel yang pecah tadi menyebabkan cyst terbentuk. Cyst ini selalunya akan hilang dengan sendirinya tetapi ia boleh menjadi besar dan memberikan komplikasi seperti pendarahan , pecah (burst) atau 'twist' dan ini akan menyebabkan kesakitan.

Endometriomas: Endometriomas adalah cyst yang terbentuk pada mereka yang mengalami endometriosis. Ia terbentuk apabila tisu endometriosis melekat pada ovari dan darah yang terkumpul setiap bulan akan membentuk cyst pada ovari. Ia boleh menyebabkan sakit semasa seks dan haid.

Cystademas: Cystademas adalah cyst yang terbentuk dari sel pada permukaan ovari yang tumbuh dengan sendirinya. Cyst ini selalunya dipenuhi dengan cecair mukus dan boleh menjadi sangat besar.

Dermoid Cysts: Dermoid cysts juga terjadi dari sel ovari yang boleh membentuk gigi, rambut dan tisu-tisu lain. Ia agak jarang berlaku tetapi boleh menjadi besar dan menyebabkan kesakitan sekiranya 'twisted".

Polycystic Ovaries: Terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepas telur, gagal menjadi matang dan bertukar menjadi cyst. Kemudian, lebih banyak cyst-cyst ini akan terbentuk dan memenuhi ovari.

Apa itu Anovulasi

Wanita yang tidak mengeluarkan telur setiap bulan mengalami masalah anovulasi. Untuk memastikan persenyawaan berlaku, ovari akan melepaskan telur yang matang kedalam salur fallopian setiap bulan. Disini, telur akan disenyawakan dan sekiranya tiada masalah lain, kehamilan akan berlaku. wanita yang mengalami anovulasi tidak mengeluarkan telur atau kadang-kadang sahaja. Ini menyebabkan kehamilan sukar terjadi.

Sebab-sebab Anovulasi

Ia terjadi selalunya disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon. mungkin hormon terlalu sedikit atau terlalu banyak dan otak kita tidak mempunayi cukup signal untuk ovari mengeluarkan telur.

Faktor -faktor yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon ini termasuklah:

  • Menyusu badan
  • Terlalu gemuk atau telalu kurus
  • Terlalu banyak senaman
  • Anorexia atau bulimia
  • Tekanan
  • PCOS
  • Masalah tiroid
  • Masalah kelenjar pituitari.
  • Masalah berlebihan hormon prolaktin

    Rawatan

    Bergantung kepada penyebab kepada ovulasi tersebut.Ubatan-ubatan yang boleh membantu termasuklah clomiphene, bromocriptin atau gonadotrophin. Surgeri pula termasuklah ovarian drilling untuk prngidap PCOS yang resistan kepada ubat-ubatan.

    Sekiranya anda sukar hamil dan sejak kebelakangan ini anda mengalami sakit perut, dan keputihan yang berbau, anda mungkin mengalami radang pelvis atau pelvic inflammatory disease (PID).

    Radang pelvis disebabkan oleh jangkitan kuman yang menyerang sistem peranakkan wanita termasuk salur fallopia, rahim dan ovari. Ia banyak terjadi kepada mereka yang aktif dengan hubungan seks rambang. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh menyebabkan ketidaksuburan. Jangkitan kuman ini juga boleh berlaku semasa kelahiran dan keguguran.

    Simtom-simtom

  • Sakit perut terutama ari-ari
  • Sakit semasa hubungan seks
  • Keluar lendir yang berbau dan kehijauan dari faraj
  • Haid yang tidak menentu
  • Demam and gigil
  • Loya dan muntah

    Diagnosa dan rawatan

    Selalunya doktor akan bertanya simtom dan membuat pemeriksaan pelvis untuk mempastikan samada terdapat kesakitan dan menganalisa keadaan lendir.Doktor juga mungkin akan membuat beberapa ujian darah dan cultur pada pangkal rahim untuk mengetahui punca masalah anda. Laparoscopy mungkin diperlukan untuk mendapat diagnosa yang tepat. ia dapat melihat organ peranakan dan sekiranya tersapt radang, kemungkinan besar anda mengidap PID.

    Merawat PID

    Sekiranya ia dapat dikesandengan lebih awal, merawat dengan mengunakan antibitik sudah cukup untuk merawatnya. Sekiranya sudah menjadi teruk, anda mungkin terpaksa menjalani rawatan melalui pembedahan untuk membuat nanah yang terbentuk dalam pelvis.

    PID dan masalah ketidaksuburan

    PID boleh menjadi sangat serius dan kadang-kadang membahayakan nyawa. Sekiranya tidak di rawat tepat pada waktunya, ia akan menyebabkan sistem peranakan menjadi rosak. Ini boleh menyebabkan ketidaksuburan atau masalah kehamilan diluar rahim.

    Mencegah PID

    Sekiranya anda seorang yang aktif seksual, amat penting untuk anda tahu cara untuk mengurangkan risiko untuk mendapat PID.

  • Berhubungan cuma dengan satu pasangan
  • Gunakan kondom setiap kali hubungan seks
  • Membuat temujanji secara regular dengan doktor gynae anda