RESIPI : BIBIMBAP (비빔밥)

BIBIMBAP KOREA (HANGUL)

Resepi:

1. Penyediaan Nasi

* beras
* sedikit minyak masak
* garam secukup rasa
* air

2. Penyediaan daging

* 200g daging
* 2 sudu kecil kicap Kikoman
* 1 ulas Bawang Putih
* 1 ulas Bawang Merah
* 1 sudu besar Minyak Bijan
* Secubit Lada Sulah
* 1 sudu kecil Cuka
* 1 sudu besar Gula

3. Sayur (sebarang sayur)

* 150g timun
* 150g taugeh
* 150g lobak merah
* 150g lobak putih
* kicap, garam, lada sulah dan minyak bijan secukup rasa
* cendawan enoki

4. Penyediaan sos pedas
* 3 suduh besar sos asas gochujang
* 1/2 sudu besar madu

5. Penyediaan sos bijan

* Minyak bijan secukup rasa
* Biji bijan sekadar secubit

6. Penyediaan telur

* Masak telur sebelah atas sahaja

Cara:

1. Masak nasi seperti bahan 1.

2. Goreng tanpa minyak bahan 2 secara berasingan.

3. Goreng tanpa minyak bahan 3 secara berasingan mengikut sayur.

4. Letakkan semua bahan seperti di dalam gambar di atas nasi yang panas dan kemudian letakkan telur di tengah-tengah.

5. Tabur sedikit biji bijan.

6. Makan bersama sos pedas gochujang dan minyak bijan.

CUBE R :)

p/s : sedappp n bhan2 nye byk ade d carrefour shj..